Upacara perasmian minggu PSS telah berlangsung pada 20 April 2009, jam 7.30 am di Dewan Budiman Kolej Tunku Kurshiah. Upacara ini dihadiri oleh Bonda Pengetua, Pn.Che Kamaliah Endud, guru-guru dan para pelajar Kolej Tunku Kurshiah.
Pada pagi yang indah ini, Bonda telah memberi ucapan semasa majlis ini berlangsung. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam PSS sama ada guru, pelajar mahupun kakitangan kolej. Seterusnya Bonda merasmikan Minggu PSS.

No comments:
Post a Comment